Night Diamond Bloody Red Glow

Pages

Thursday, November 7, 2013

Soalan Pendidikan Seni Visual PSV Kertas 2 SPM 2013 (dan rujukan)

Hey, Mirz di sini. Ramai kawan2 saya beritahu bahawa soalan seni kertas 2 agak susah. Klu ikutkan semua lukisan mmg susah. Hahak. Berikut adalah soalan-soalan (6 soalan) pendidikan seni visual SPM tahun 2013 dan inspirasi gambar atau idea yang saya ambil untuk korang gunakan sebagai rujukan sebelum menduduki peperiksaan tersebut.



(Click gambar untuk besarkan)

Soalan 1:

 Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain dengan riang di sebuah taman permainan. 
 Lukiskan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang  dan aksi.  







Soalan 2: 

Seekor labah-labah yang besar telah berjaya memerangkap dua ekor tebuan di dalam sarangnya. 
Lukiskan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan aksi


Visit blog ini untuk rujukan lebih (Soalan 2) >> mylinart.blogspot.com


Soalan 3:

Anda telah sesat di dalam sebuah gua yang gelap. Anda mencari jalan keluar dengan berbantukan lampu suluh dan terjumpa beberapa bentuk rangka manusia yang lengkap dengan pedang, perisai dan pakaian perang zaman purba. Kelihatan sebuah kotak usang yang berisi dengan barang-barang purba yang berharga di sisi rangka manusia tersebut. 
Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada pencahayaan, bentuk dan jalinan




Soalan 4:

 Sekawan ayam hutan sedang mencari makanan di pinggir sebuah hutan. Kelihatan seorang pemburu sedang memerhatikan gelagat ayam hutan tersebut dari celah-celah rimbunan daun. 
Lukiskan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada ruang, jalinan dan bentuk.





Soalan 5:

Anda melihat pemandangan alam semula jadi yang begitu indah ketika menuruni tangga di dalam sebuah taman rekreasi. 
Lukiskan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada perspektif, warna dan jalinan






Soalan 6:

Sebuah basikal disandarkan di tepi pagar sebuah rumah. Terdapat sebiji bola dan sepasang stokin di dalam bakul basikal serta sepasang kasut bola digantung pada hendal basikal. 
Lukis situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang dan jalinan. 





Sekian~ 

Semoga maju jaya dalam SPM.  

No comments:

Post a Comment